Wednesday, December 30, 2009

BARBEQUE PARTY YA'LL!!

hello hello hai hai..

sempena kedatangan Tahun baru yg tinggal berapa hari je lagi nie, ada beberapa ahli mencadangkan supaya Party Barbeque diadakan pada malam countdown, lagipun Keicar Team dah lama takde gathering kan.

Kenapa Party Barbeque??
Kerana Party Tupperware dan party liar tidaklah sesuai.heh



tentunya meriah dgn aktiviti panggang memanggang,kipas mengipas dan makan mengenyang.



jadi apa tunggu lagi??
disebabkan masa tersangat suntuk dan ini adalah last minit plan, maka kami memerlukan confirmation dgn kadar segera.
.
Date : 31st December 2009.
Venue : Tasik Shah Alam Seksyen 7 (akan diconfirm A.S.A.P)
Time : 10.00pm onwards
Fees : RM10/person
.
kepada ahli yg berminat, sila hubungi Dai atau Rizal sepantas kilat ok.lebih ramai lebih meriah dok gitu?
.
jadi marilah kita bersama2 mengucapkan selamat tinggal kepada 2009 dan selamat datang 2010, hopefully kelab kita akan menjadi lebih "bersemangat" pada tahun 2010.kan?kan?
.
ok jangan lupa confirm secepat mungkin.
.
update "We're IN!" :
1) Dai
2) Rizal
3) Remy
4) Fie
5) Bump


Friday, November 6, 2009

Majlis Berbuka Puasa Keicar Team 2009

salam semua.

harap maaf jika semenjak dua menjak blog Keicar ni sunyi sepi tak berpenghuni.ini kerana si penaip-penaip masih busy dengan pelbagai komitmen yg menuntut lebih banyak perhatian.

rasanya masih belom terlewat nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua ahli Keicar Team dan juga kepada pembaca sekalian.

atau mmg dh terlambat nak ucap?almaklumlah deepavali pon dah lama berlalu ye tak. ^_^

baiklah, sempena bulan ramadhan yg mulia yg lalu, Keicar Team mengadakan Majlis Berbuka Puasa yg berlokasi di Qaseh Bistro Sec 13 Shah Alam.

Ini aktiviti tahunan kelab dan tahun ini walaupon tak ramai ahli yg dapat join, still meriah dgn makanan dan senyuman sbb kenyang perot suka la hati kan?

berkumpul di Qaseh pada pukul 6.00pm setelah dibooked terlebih dahulu buffet set di sana yg berharga RM18.90/seorang dgn motto : Eat All You Can.hehe.




dimulakan dgn gambar si penyambut tetamu yg manis.ehem-ehem.




semua bertemakan baju raya padahal puasa belom abis lagi.biasala,semangat tu kena ada.


dah cukup korum dan masok waktu berbuka,semua serbu buffet table dan ambil segala macam makanan macam la takde esok utk makan.oh betol la tu,sebab esok nak puasa lagi kan.so makan puas2 malam tu.



makan dengan penuh semangat tp mesra jiran juga sbb asik bersembang.makan dari terang sampaikan ari gelap.punye la menikmati kata org.



tahun ni penyertaan ahli agak merosot la,mungkin masing2 sibuk dgn urusan dan kerja.takpe,lain tahun boleh cuba kumpulkan ramai2 semula.




Mr Presiden bermanja2 dgn Encik Bendahari sbb lepas tu Encik Bendahari kena bayor. :P



Dai dan Mr.Rozi




anak-anak paling riang,dah meriah cam suasana kampung pon ada.



dah makan semua,diakhiri dgn sesi bergambar penuh perut.



gambar meloncat camni mmg trademark.tapi tak berapa nak terangkat sgt lompatan sbb masing2 dah 'full tank'. ;p



Mr President aka Encik Remy dan keluarga


Encik Rizal dan keluarga serba hijau.



Encik Lan dan keluarga.



Encik Juan dan tunangnya.



Encik Shafik dan isteri
.
.
kepada ahli yg takde dalam gambar2 di atas, mintak maaf la sbb hanya ini gambar yg diperolehi drp photographer.maybe lain kali kita bergambar sakan dan tepek banyak2 di sini.
.
terima kasih kpd ahli yg join hari tu, moga2 next year lebih meriah la kan.
.
ok,next entry pasal Majlis Hari Raya pulak.tungguuuuu~!

Tuesday, October 6, 2009

Majlis Sambutan Aidilfitri Keicar Team 2009

salam keicarian,

masih belum terlewat utk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli Keicar Team,dan semoga raya kali ini membawa seribu keberkatan dan kebahagiaan. =)

baiklah,di sini ada sedikit berita terkini utk dimaklumkan kepada semua ahli iaitu Majlis Sambutan Hari Raya Keicar Team bagi tahun ini.

Last year,kita berkenduri di rumah Abang Jai dan tahun ni akan diadakan di rumah Ijan Viva di Kapar Klang.

kepada ahli2 yang dah lama menghilang tanpa kesan,harap dapat memeriahkan majlis,almaklumlah dah lama tak jumpe kompem byk cerita nak dikongsi ye tak.

berikut adalah informasi bagi majlis tersebut.


Hari Raya 2008
.
.
mungkin juga akan berkonvoi ke rumah Ijan, itu akan di update dr masa ke semasa.sebarang pertanyaan boleh la kontek Encik Rozi atau Mr.Presiden sendiri.
.
Jumpa di saaaaaanaaaaaaaa~!

Monday, August 3, 2009

Update : Deposit Accommodation Cameron Highlands

Hi Keicarian,

adalah dimaklumkan bahawa ahli2 yang berminat join trip ke Cameron pada 31 October ini, diminta membuat bayaran deposit utk booking penginapan di sana.

bayaran dikenakan sebanyak RM50 seorang.

beberapa AJK akan pergi ke sana utk survey dan booking siap2.
mungkin rate tu akan ditambah atau dikurangkan,depends pada tempat penginapan mana yg akan kita pilih.

dan juga, anda diminta memvote utk tempoh percutian di sana
A) 3 hari 2 malam
B) 2 hari 1 malam

sila vote dan inform kepada Mr.Remy aka Mr President ASAP.

bayaran boleh dibuat kepada Encik Rozi secepat mungkin.
sebarang pertanyaan, sila roger2 ahli atau AJK berkenaan dan sila tunggu next updates yea.

Have a great day! ^_-

Saturday, July 25, 2009

AGM Keicar Yang Pertama

Tarikh : 29 Ogos 2008
Masa : 9.00 malam
Tempat : Gengs Corner, Seksyen 13

Dah lama dah ni, saja nak bagi korang tengok. Sori kualiti gambar kurang memuaskan. Waktu ni penulis belum ada canon lagi... hehehe...

Monday, July 20, 2009

Himpunan Gambar PD

Ni ada beberapa set gambar yang diedit berbentuk kolaj.
Saksikan saja ye....

Thursday, July 16, 2009

KCT Annual Trip : Cameron Highlands

Annual Trip peoplesss!!!

Hi Keicarian,

Seperti yg di inform oleh Mr.President, adalah dimaklumkan bahawa pada tahun ni Keicar Team akan berkonvoi dan bercuti di Cameron Highlands!

Sungguh menerujakan kerana Si Penaip tak penah jejak kaki ke sana.Ekceli ni adalah lokasi yg dipilih dan masih dalam perancangan disusuli beberapa mesyuarat di masa akan dtg.

sedikit info berkenaan trip kali ini :
Lokasi : Cameron Highlands
Date : 30.10.2009 (Friday Nite)
Fees : +/- RM50.00 - akan diconfirm nanti.



bayangkan kesegaran dan keindahan ladang teh.siap petik2 terus rendam dalam cawan buat teh o.segar kan?


dan juga pemandangan yg indah di atas bukit yg tak mungkin didapati di KL apatah lagi di Shah alam.
.
.
makanya bersiap sedia pada tarikh dan masa tersebut.Duit raya kumpul banyak-banyak nanti.lebih ramai,lebih meriah!dan kali ni aktiviti akan dirancang dengan rapi oleh AJK-AJK berkenaan.
.
Dalam aktiviti sukaneka, mungkin bole tambah permainan "Mengutip Daun Teh Terbanyak" kan?Its gonna be fun buddies!
.
Sebarang perkembangan akan di update di masa depan. Keep refreshing! ^_^

TriP ke Port Dickson -Aktiviti dan gambar

salam semua.

mintak maaf sebab blog agak sunyi kebelakangan nie sebab si penaip-si penaip banyak keje nak disetelkan.

ok berbalik pada cerita trip ke PD, semuanya berjalan lancar walaupun plan nak ke sana dibuat tergesa-gesa dan last minute.ini bukan la official activity Keicar Team sebab bermula dengan plan seorang dua,tetiba di hujungnya jadi ramai dan meriah. ^_^

Perjalanan dr Shah Alam ke PD pada pagi sabtu 27 June, hanya dikonvoi oleh 5 bijik kereta kerana ahli yg lain bertolak pada malamnya dan ada jugak yg datang hari esoknya.Perjalanan lancar dan cuaca agak baik walaupun panas tahap membahayakan kesihatan kulit yang gebu. :)

Perjalanan mengambil masa 1 jam setengah dan sampai di PD, kami dgn pantas menikmati makan tengahari sebelum check in di tempat penginapan yg terletak di Tanjung Gemok.



Tempat penginapan yg dinamakan Glory Beach Resort. Environment dan facilities di sini boleh dikatakan agak baik dan selesa. So boleh la singgah lagi di masa depan.



di sebabkan ini bukan lah plan rasmi yg dirancang rapi, aktiviti di sini bebas. Takde sukaneka ke apa, Cuma spend masa bersama dgn meronda2 di sekitar PD.tgk laut je,mandinya tidak.Rugi so mari repeat next time. :P
.
.
Apa aktiviti menarik di sana???


Aktiviti mandi kolam bersama anak-anak.menarik nih.
*ini bukan anak dan bapak ye.*


Aktiviti menjelajah PD mencarik ikan bakar tersedap.


Aktiviti masih makan-makan dan makan.
.
.
Dan juga sesi bergambar dgn penuh semangat.

:: Di sekitar Glory ::



:: Acara wajib, bergambar sambil mencuit awan::





:: Kereta tak banyak dan ahli tak ramai sebab ramai dah pulang terlebih dulu.::
.
.
Ringkasnya, aktiviti kali ni banyak berjalan-jalan dan bermakan-makan.Mungkin sbb takde aktiviti yg tetap. Diingatkan sebab ini bukan aktiviti rasmi Keicar Team, hanya trip suka-suka dr org yg last minute buat plan. :)


Sebelum balik ari Ahad tu, kami singgah di dusun bagi menikmati durian yg tgh bermusim dan menggoda-goda di tepi jalan.



Hanya wajah dapat memberitahu sedap atau tidak makan durian di tepi dusun. :P


.
.
sebelum balik ke shah alam, bersesi fotografi di tepi pantai. Enjoy the pictures!







.
.
Gambar selebihnya akan di masukkan dalam Galeri, tungguuuuuuuuuu~!
.
.
Regards,
A.L

Monday, July 13, 2009

Lampu Original Proton Pesona - Brand New

Untuk Di Jual

Item : Lampu depan dan belakang
Price : RM600 - Boleh Nego

Brand new dan owner jual sebab dah tukar lampu baru.
Berminat call : 012 3665865






Berminat iklankan barang anda??