Wednesday, January 6, 2010

Keicar Team BBQ Party - New Year

salam Tahun Baru.

seperti yg dirancang, Jumaat malam Sabtu yg lalu Majlis BBQ Keicar Team telah berlangsung dgn lancar walaupon tak lah ramai sangat ahli yg join, tp dah cukup meriah rasanya.

mungkin sebab last minute plan, jadi mungkin ramai ahli yg terikat dengan kerja dan cuti balik kampung atau pegi headbanging tgk konsert dekat The Curve. ^_^

tp bg ahli yg menjayakan Majlis BBQ yg lepas, terima kasih diucapkan atas sokongan dan bantuan yg diberikan *ayat macam menteri tak?* dan diharap di masa depan ramai la ahli dapat kembali memeriahkan aktiviti macam ni.

rasanya dah lama Keicar Team tak berkumpul dan berkongsi aktiviti macam nie kan?jadi tahun baru ni diharapnya kelab kita akan kembali aktif seperti dulu kala..gitu.

baiklah kembali kepada majlis BBQ yg diadakan di Tasik Section 7 Shah Alam tu di mana ahli mula berkumpul pada pukul 8 malam untuk setting tempat bakar dan menyusun atur makanan.

tak dilupekan setting joran... (^_-)
sempat ok nak memancing.

jadi layankan je gambar sepanjang majlis tu dan harapnya Cik Pida dapat mengupload gambar dari camera beliau jugak.




Presiden Keicar Team : Encik Remy dan isteri turut hadir memeriahkan majlis sambil tolong mengipas ayam panggang.



gadis?? :P


membakar ayam dan sosej















Dai


Again mr.Remy



Proses mencurik getah dari selipar kanak2 untuk menyalakan api.sadis. :p




Rafik sabar menanti time makan.




perempuan tak tahu nama.tettt!



Wida


muka ada senyum bila ayam dah nak masak...



Mr.Bump




Aizat





Encik Rozi pemalu (di depan)
.
.
majlis berakhir lebih kurang pukul 11.00pm.
gambar beramai2 lupa nak ambik..haih pelupa.
.
oh next aktiviti adalah melancong ke cameron hoghlands..
itu akan di update di lain entry...tungguuuuuu~!




No comments: