Thursday, December 9, 2010

Percutian Lagi - Konvoi ke Kuala Rompin!! wohoo!

* ini sticky post, entry terbaru di bawah entry ini ya! scroll ke bawah.*


salam keicarian.

blog kelihatan tak bermaya sekarang kan, salahkan tukang-tukang taip yang pemalas eh sebenarnya sebab tak ada masa nak luang di sini disamping pelupa tak ingat login ID dan password. heh. ^_^

baiklah, sebab dah nak hujung tahun dan seperti lazimnya kita akan buat plan nak bercuti-cuti Malaysia sebab segala penat lelah tahun ini perlu dibayar dengan percutian yang hebat. wahh ayat. ada rasa teruja tak?

jadi untuk tahun ini, ke mana kita akan berkonvoi? oh tapi sebab dah terlalu hujung tahun dan setelah di survey, ramai ahli terikat dgn komitmen masing-masing, kita telah menunda konvoi untuk 2010 ini ke bulan Februari 2011.

banyak masa untuk buat proper plan seperti merangka aktiviti, survey penginapan, makanan dan sebagainya. Paling penting ada banyak masa untuk anda semua plan jadual supaya pada tarikh itu nanti kita semua dapat berkumpul bersama-sama.

dah lama tak buat aktiviti bersama kan, maksudnya aktiviti selain daripada melepak di kedai Kerol. hehe.

mari lihat aktiviti konvoi percutian tahun-tahun yg lalu, mana tahu boleh menaikkan keterujaan secara berganda kan.


Tahun 2008 kita ke Melaka. sangat hebat dengan aktiviti sukan pantai, karaoke-ke-laut, BBQ yg penuh dgn makan dan makan dan makan.



Tahun 2009 kita ke Cherating. Sangat menarik dapat chalet tepi laut dan ingat tak kita asyik pergi makan keropok lekor dan satar terbaik dari ladang itu? juga main boling secara tamak di bandar Kuantan. ^_^



2009 sekali lagi kita berkonvoi ke Port Dickson, ah mungkin tahun itu kita terlalu stress dan perlu percutian back-to-back.



terbaru pada 2010 kita ke tanah tinggi Cameron Highlands yang menggila dengan sayur dan strawberry. tak dapat pergi oberseas, sini pun dah habis feeling dah kan.

sangat indah untuk dikenang kan dan mari kita cipta kenangan baru pula kali ini.



hujung minggu lepas ada meeting dengan Mr.President, jadi setelah berbincang berikut adalah details percutian kali ini. masih dalam perancangan awal, if anda ada cadangan sila kemukakan dengan wajah serius ye.

Date : 3-5 Feb 2011 (Cuti Tahun Baru Cina)

Fees : RM50 sebagai deposit. Exact amount akan diberitahu kemudian selepas confirm berapa ramai ahli akan pergi dan kos penginapan segala.

Bayaran boleh dibuat kepada Encik Lan sebelum 5 Jan 2011 sebab nak bayar deposit untuk chalet dan buat bajet untuk makanan dan sebagainya.

kalau boleh, kita mahu penyertaan yang memberangsangkan dari ahli KCT sendiri. if tak ramai nak pergi, mungkin akan combine dengan kelab lain bawah naungan yg sama.

Ke mana kita????


kita akan ke Kuala Rompin!!




jangan panik sebab kuala rompin masih dalam semenanjung Malaysia. Berdekatan dengan Pekan Pahang dan Mersing Johor. ada jeti ke Pulau Tioman juga, mungkin kita boleh survey berapa tambang feri ke sana.


jadi kita akan disajikan dengan keindahan pantai dan makanan laut yang sedap dan murah barangkali.

aktiviti-aktiviti di sana masih dalam perbincangan, but we will update you soon. very soon. ini sekadar hint supaya anda kosongkan jadual pada tarikh di atas.

rajin-rajin singgah di sini sebab kita akan update segala perkembangan pasal trip ini. segala feedback sangat diperlukan. drop us a comment! ini paksaan. hehe.

Sunday, November 14, 2010

Merdeka Race 2010

Bertempat di SICC, KeiCar Team and Community bermalam di sana. Bukan selalu dapat membingitkan telinga, kan? Ramai juga yang menyertai termasuk rakan-rakan dari kelab gabungan. Tapi sementara ini hanya 3 keping gambar dapat dimasukkan, yang lain2 menyusul kemudian yer. Banyak juga acara sampingan yang menawan selain gadis-gadis litar yang sungguh gojes.... antaranya kedai2 pameran dan jualan barangan kereta, ada mini konsert dan juga mini-autoshow!

Harap2 dapatlah gambar2 yang lain tu dimasukkan kemudian ya.
Kalau lambat harap dimaafkan.
Bubye!

Sunday, July 11, 2010

Badminton Cara Keicar Team

Hai semua! Lama rasa rumah rasmi Keicar Team ni tak dikemaskini.
Tunggu cerita Trip to Cameron, agaknya si tukang taip pun dah lupa kot. He he...

Sebab kita ada sedikit bahan, boleh nak dikongsi2kan.

Ok... sekarang ni dah jadi amalan antara sebahagian ahli
Keicar Team beriadah di court badminton. Bermesra2 dengan dengan Abang Raket dan Cik Tangkis.

Again, this is not our official agenda.

Dah kebetulan Mr. Presiden dan Vice President turut sama turun gelanggang, maka kira hampir2 rasmi la. Sangat sesuai untuk keluarga dan anak2 kecil
sebab kat tepi court tu ada playground. Jadi tidaklah anak2 berlari2 di atas jalan raya gitu.

Walau pun kena tunggu giliran sebab net ada satu,
kami tetap happy sambil bergurau senda di tepi court!

Sebelum pulang, harus lah bergambar dulu,
sebagai bukti kan kami mengeluarkan peluh... He he... Jumpa lagi nanti.

Monday, April 19, 2010

Bergabung

Bertempat di kawasan letak kereta (belakang Concorde Hotel),
jam 9 malam telah diadakan satu berjumpaan antara 3 kelab
kereta iaitu KeiCar, STN dan Arvana. Kiranya ada persefahaman antara presiden la yang boleh nak letak kelab lain kat keta kami kan. Ini gambar sebelum gambar di atas. Biasakla presiden kami memang harus kami promosi lebih. Hehe... Lekat dan tarik... Tu dia.... Kat windscreen pun ada tau...

Tu dia lagiii.... Seterusnya beralih kepada kereta2 rakan sekutu... ha... Selepas itu beramai2 g serbu
Cucur Corner di Seksyen 7 Shah Alam.....
Ibaratnya macam ada persidangan besar2an gitu...
Meja sepanjang2 boleh ukur panjang kedai...
Hehe... Memang meriah...
Harap2 akan ada lagi gathering yang semacam ini di lain masa.
Sekian, jumpa lagi.

Sunday, April 11, 2010

KeiCar Team Community

KeiCar Team Community diwujudkan kerana kesedaran peminat keicar tidak semestinya berkereta kompak. .
Jadi memang sesuai diwujudkan komuniti peminat keicar khas untuk ahli KeiCar Team yang lama.
.
Ahli baru pown boleh jugak, prosedur tetaplah sama isi borang dan sebagainya. Berminat??? Hubungi kami ok...
.
Pada hari Jumaat malam Sabtu yang lalu bertempat di Cucur Corner Seksyen 7, telah diadakan majlis melekatkan stiker tersebut pada kereta Rizal dan Adeqq..
.
Saksikan aksi2 mereka yang terlibat.

Friday, January 22, 2010

Cuti-Cuti Di Cameron.Join Sekarang!

salam semua.

ingatkah anda kepada plan kita untuk ke Cameron Highlands dulu? tp plan hanya tinggal plan sbb masa tak sesuai.

mana ada org mendaki bukit pada musim tengkujuh betol tak?

maka sbb ramai yg eksaited nak pegi ke sana, kita sebulat suara telah bersetuju untuk mengadakan cuti-cuti Malaysia di Cameron Highlands pada bulan depan!

anda teruja??tukang taip lagi teruja ok.

buat masa ini, lokasi penginapan dah ada cuma bayaran booking belom dibuat sbb kena la tgk berapa ramai ahli yg nak join.

if ramai, kita akan reserved banyak sikit tempat supaya semua org dapat tido dgn nyenyak dan cukop bantal selimutnya. ^_^



jangan melompat sekarang sbb ini bukanlah pengnapan yg dimaksudkan.simpan teruja semula.

kita akan menyewa apartment supaya dapat duduk berkumpul bersama sepanjang aktiviti.takde la nak kena ketuk bilik sorang2 nak panggil ye tak.

selain tu, apartment ada kemudahan memasak jadi senang dan save budget.pegi petik sayur bawah bukit, dah boleh masak terus.bayangkan betapa seronoknya tu

apartment yg bakal disewa ni lengkap dgn ruang tamu dan tv siap ADA ASTRO.jadi malam-malam boleh lepak main dam ular di sini.siapa ada congkak boleh bawak sekali.


ada 3 bilik dan semua dilengkapi dgn Queen Bed.amat selesa untuk mereka yg berkeluarga.




dapur untuk kaum ibu menunjukkan skill memasak sambil feeling2 duduk kat Denmark sbb di luar sana adalah sejuk.


dining hall ada kerusi meja tp mungkin kita akan makan bersila di atas karpet sbb ramai kan.

jadi kepada ahli yg nak berkongsi pengalaman mendaki bukit, memetik daun teh, menciom bau rose, memakan strawberry sepuas-puasnya, boleh lah join dan bagi nama sekarang!

yer keluarkan henpon sekarang boleh dail dan call Encik Remy atau Encik Rozi.

details adalah seperti berikut:

  • Date : 26th February 2010 (Jumaat-Cuti Umum Maulidur Rasul)
  • 3 hari 2 malam
  • Fees : RM100/person (Termasuk penginapan dan makanan yg dimasak di apartment sahaja)
  • Konvoi pada hari Jumaat jam 7.30 pg
  • Bayaran bleh dibuat kpd En.Rozi sebelom 30 Jan 2010

any update, akan diberitahu kemudian ye.

marilah bercuti!!!


Thursday, January 7, 2010

Gallery BBQ Party-More pitchas!

Date : 01 Jan 2010
Time : 8.00pm-11.30pm
Venue : Tasik Section 7 Shah Alam