Thursday, December 9, 2010

Percutian Lagi - Konvoi ke Kuala Rompin!! wohoo!

* ini sticky post, entry terbaru di bawah entry ini ya! scroll ke bawah.*


salam keicarian.

blog kelihatan tak bermaya sekarang kan, salahkan tukang-tukang taip yang pemalas eh sebenarnya sebab tak ada masa nak luang di sini disamping pelupa tak ingat login ID dan password. heh. ^_^

baiklah, sebab dah nak hujung tahun dan seperti lazimnya kita akan buat plan nak bercuti-cuti Malaysia sebab segala penat lelah tahun ini perlu dibayar dengan percutian yang hebat. wahh ayat. ada rasa teruja tak?

jadi untuk tahun ini, ke mana kita akan berkonvoi? oh tapi sebab dah terlalu hujung tahun dan setelah di survey, ramai ahli terikat dgn komitmen masing-masing, kita telah menunda konvoi untuk 2010 ini ke bulan Februari 2011.

banyak masa untuk buat proper plan seperti merangka aktiviti, survey penginapan, makanan dan sebagainya. Paling penting ada banyak masa untuk anda semua plan jadual supaya pada tarikh itu nanti kita semua dapat berkumpul bersama-sama.

dah lama tak buat aktiviti bersama kan, maksudnya aktiviti selain daripada melepak di kedai Kerol. hehe.

mari lihat aktiviti konvoi percutian tahun-tahun yg lalu, mana tahu boleh menaikkan keterujaan secara berganda kan.


Tahun 2008 kita ke Melaka. sangat hebat dengan aktiviti sukan pantai, karaoke-ke-laut, BBQ yg penuh dgn makan dan makan dan makan.



Tahun 2009 kita ke Cherating. Sangat menarik dapat chalet tepi laut dan ingat tak kita asyik pergi makan keropok lekor dan satar terbaik dari ladang itu? juga main boling secara tamak di bandar Kuantan. ^_^



2009 sekali lagi kita berkonvoi ke Port Dickson, ah mungkin tahun itu kita terlalu stress dan perlu percutian back-to-back.



terbaru pada 2010 kita ke tanah tinggi Cameron Highlands yang menggila dengan sayur dan strawberry. tak dapat pergi oberseas, sini pun dah habis feeling dah kan.

sangat indah untuk dikenang kan dan mari kita cipta kenangan baru pula kali ini.



hujung minggu lepas ada meeting dengan Mr.President, jadi setelah berbincang berikut adalah details percutian kali ini. masih dalam perancangan awal, if anda ada cadangan sila kemukakan dengan wajah serius ye.

Date : 3-5 Feb 2011 (Cuti Tahun Baru Cina)

Fees : RM50 sebagai deposit. Exact amount akan diberitahu kemudian selepas confirm berapa ramai ahli akan pergi dan kos penginapan segala.

Bayaran boleh dibuat kepada Encik Lan sebelum 5 Jan 2011 sebab nak bayar deposit untuk chalet dan buat bajet untuk makanan dan sebagainya.

kalau boleh, kita mahu penyertaan yang memberangsangkan dari ahli KCT sendiri. if tak ramai nak pergi, mungkin akan combine dengan kelab lain bawah naungan yg sama.

Ke mana kita????


kita akan ke Kuala Rompin!!




jangan panik sebab kuala rompin masih dalam semenanjung Malaysia. Berdekatan dengan Pekan Pahang dan Mersing Johor. ada jeti ke Pulau Tioman juga, mungkin kita boleh survey berapa tambang feri ke sana.


jadi kita akan disajikan dengan keindahan pantai dan makanan laut yang sedap dan murah barangkali.

aktiviti-aktiviti di sana masih dalam perbincangan, but we will update you soon. very soon. ini sekadar hint supaya anda kosongkan jadual pada tarikh di atas.

rajin-rajin singgah di sini sebab kita akan update segala perkembangan pasal trip ini. segala feedback sangat diperlukan. drop us a comment! ini paksaan. hehe.

No comments: