Monday, January 10, 2011

Rancangan Mengejut : Trip Ke Terengganu!!

assalamualaikum semua.

harap maaf sebab dah lama tak berupdate blog ni, sibuk dengan aktiviti tahun baru dengan berpesta di iCity Shah Alam. Terima kasih kepada ahli-ahli yang memberi kerjasama pada malam tersebut, memang best tak hengat.

oh, berkenaan dengan konvoi ke Rompin, adalah dimaklumkan bahawa plan itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab dan masalah teknikal. Tapi jangan bersedih dahulu sebab kita tetap akan berkonvoi, ke mana??



kita akan ke Terengganu!!



Last time round kita cuma sampai ke Cherating aje kan, tapi kali ni betul-betul dalam negeri Terengganu. Details seperti berikut:

Date : 3-5 February 2011 (Cuti raya cina)
Fees : Deposit RM50.00 kebanyakannya dah bayar, siapa tak bayar lagi sila bayar secepat mungkin.


Dekat sana kita akan sewa sebuah rumah, jadi tinggal ibarat sekeluarga dan sila tidur secara berjemaah di ruang tamu. macam tak biasa meriah-meriah camtu kan, jadi kalau ada congkak atau dam ular, silalah bawak boleh buat aktiviti waktu senggang. ;p

disamping itu juga, nak cerita yang baju korporat untuk KCT sudah ditempah dan harganya adalah RM62.00 untuk lelaki dan RM65.00 untuk wanita sebab 3 quarter sleeve.

mana-mana ahli yang dah bayar duit baju RM35.00 dahulukala, cuma bayar additional aje lah ye. jangan risau sebab baju tu berkualiti dan bersulam cantik nama, logo, website kelab dan sebagainya. kalau pakai memang 99.9% boleh menambahkan kehenseman si pemakai.

jadi buat masa sekarang kita tempah 20 helai dahulu, first come first serve jadi pergi bayar sekarang dan kasik saiz siap-siap. before pergi konvoi kita dah boleh bergaya dengan baju korporat.

insya allah jika banjir dah reda dekat belah pantai timur sana, aktiviti akan berjalan lancar seperti yang dirancang. doa-doa aje yang terbaik. wah ayat.

oklah, nanti akan update perkembangan terkini, jangan jemu menjenguk ke sini okey.