Friday, December 23, 2011

Perlantikan jawatankuasa baru

Satu perlantikan jawatan kuasa baru telah berlangsung di bagan lalang.. dan jawatankuasa baru telah di lantik. carta jawatankuasa baru akan di up load kemudian.

kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli KCT community sila hubungi admin untuk mendapatka borang keahlian.

Thursday, March 10, 2011

Pengumuman Penting!

*Sticky post, entry terbaru di bawah entry ini.*

Salam,

adalah dimaklumkan bahawa Cuti Hari Buruh (walaupun kita semua bukanlah buruh binaan, tatapp jugak dapat cuti) Keicar Team akan berkonvoi lagiiii!!

Masih terasa penat ke konvoi ke Pantai Timur? Tak ada dah kan? Jadi eloklah join cuti-cuti Malaysia kali ini. Ingat tak keseronokan ketika di Pantai Timur yang kerjanya asyik makan-makan-makan sebab banyak makan percuma, jadi kali ini doa-doa dapat yang sama. heh.

Ke mana kali ini???
Dari Pantai Timur kita ke Utara pulak.




yer.yer. baca betul-betul.




dah lama tak konvoi ke tempat berlaut kan, harus jakun lebih nanti. So bring along your swimming suit dan juga pelampung bentuk itik.





Penginapan bagaimana?
Duduk di chalet sambil tidur dengar bunyi ombakkah??
Too bad sebab time tu peak season dan chalet semua sudah fully booked. Lagipun nak dapatkan banyak chalet untuk tampung kita semua, memang impossible.

But no worries, sebab tak ada sesiapa akan tidur di masjid sebab kita dah ada accomodation lebih gempak dan terbaik punya dari ladang. Sudah confirmed dan booked jadi bolehlah mula kemas barang dari sekarang ye.




Taraaa!! Banglo Semi-D khas untuk anda semua. :')




completed with 5 bedrooms, 3 ruang tamu (memang boleh bwk 'syiling' seguni), 3 bilik air, dapur dengan semua peralatan memasak, Astro-sports channel provided, tempat BBQ, siap ada WiFi okk! Toto jugak disediakan. Jadi jangan risau fikir nak angkut tilam dari rumah segala ye.



insya allah selesa dan bergaya duduk rumah semi-D.


Jadi bila nak konvoi??
Date : 30.04.2011 (Sabtu) - 01.05.2011 (Ahad)
Bayaran : Bayar RM50 sekepala

RM50 tu standby aje ye, maybe duit balance akan buat beli barang BBQ macam biasa. Atau jugak boleh buat duit tambang ferry [ergi Pangkor nanti. jadi kalau rasa nak join, pergi bayar duit dekat Mr. Remy/Mr.Lan berkereta laju tu. Bayar secepat mungkin lebih afdhal.



P/S :
Oh, gambar trip to Pantai Timur akan diupload kemudian. Gambar berbakul-bakul banyaknya, jenuh nak resize. Layan dulu 4 keping gambar di bawah.

Tuesday, February 22, 2011

Sneak Peak! Trip Ke Pantai Timur

Lokasi : Istana Lama Kelantan


Click Pic to enlarge





Monday, January 10, 2011

Rancangan Mengejut : Trip Ke Terengganu!!

assalamualaikum semua.

harap maaf sebab dah lama tak berupdate blog ni, sibuk dengan aktiviti tahun baru dengan berpesta di iCity Shah Alam. Terima kasih kepada ahli-ahli yang memberi kerjasama pada malam tersebut, memang best tak hengat.

oh, berkenaan dengan konvoi ke Rompin, adalah dimaklumkan bahawa plan itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab dan masalah teknikal. Tapi jangan bersedih dahulu sebab kita tetap akan berkonvoi, ke mana??



kita akan ke Terengganu!!



Last time round kita cuma sampai ke Cherating aje kan, tapi kali ni betul-betul dalam negeri Terengganu. Details seperti berikut:

Date : 3-5 February 2011 (Cuti raya cina)
Fees : Deposit RM50.00 kebanyakannya dah bayar, siapa tak bayar lagi sila bayar secepat mungkin.


Dekat sana kita akan sewa sebuah rumah, jadi tinggal ibarat sekeluarga dan sila tidur secara berjemaah di ruang tamu. macam tak biasa meriah-meriah camtu kan, jadi kalau ada congkak atau dam ular, silalah bawak boleh buat aktiviti waktu senggang. ;p

disamping itu juga, nak cerita yang baju korporat untuk KCT sudah ditempah dan harganya adalah RM62.00 untuk lelaki dan RM65.00 untuk wanita sebab 3 quarter sleeve.

mana-mana ahli yang dah bayar duit baju RM35.00 dahulukala, cuma bayar additional aje lah ye. jangan risau sebab baju tu berkualiti dan bersulam cantik nama, logo, website kelab dan sebagainya. kalau pakai memang 99.9% boleh menambahkan kehenseman si pemakai.

jadi buat masa sekarang kita tempah 20 helai dahulu, first come first serve jadi pergi bayar sekarang dan kasik saiz siap-siap. before pergi konvoi kita dah boleh bergaya dengan baju korporat.

insya allah jika banjir dah reda dekat belah pantai timur sana, aktiviti akan berjalan lancar seperti yang dirancang. doa-doa aje yang terbaik. wah ayat.

oklah, nanti akan update perkembangan terkini, jangan jemu menjenguk ke sini okey.